Assalamualaikum~ :3
Tadaaa~! the first recipe in this blog! wooho! leza... relax lah.. haha okay2, hri tu leza ade cakap nak tulis recipe dalam blog ni kan2? haa.. ni lah recipe pertama. alang-alang dah duduk kat rumah tokmi ni, tokmi ajar camne nak buat kuih comel yang amat ni! haishh! geram btol tengok kuih ni. aumm~ ^3^ kuih ni tau, senang gile nak buat. sangat simple. tak perlu banyak bahan pun. cume leza je yang baru tahu camne nak buat. haha (agaknye orang lain semua pun dah tau. ketinggalan zaman betol lah aku ni) xD whatever it is, mnjadi jugak lah. hehehe sooo, let's get started!
ingredients:
ubi keledek
tepung gandum
gula
minyak masak
how to prepare:
mula-mula, ubi keledek tu direbus dulu.
kemudian, selepas diangkat, kupas kulitnya. masa ubi tu tengah panas, lagi senang nak kupas kulit dia tau.
pastu letak dalam bowl besar atau besen dan penyetkan. (cara lama korang penyetkan dengan lesung batu) >,<
lepas penyet dengan sepenyet-penyet nya, gaulkan dengan tepung gandum. gaul guna tangan je..
lepas tu, ambil acuan tadi dan leperkannya sebesar tapak tangan korang.
then masukkan dalam satu sudu kecil gula kat tengah2 acuan tu dan tutup acuan tu tadi dengan gula di dalamnya. tak pasti lah korang faham ke tak. bila korang dah tutup, automatik bentuk dia akan jadi bujur.
jangan biarkan dia terlalu lama sebelum digoreng sebab gula dalam tu mungkin akan cair dan terkeluar.
pastu korang goreng lah~
panaskan minyak masak dulu dan gorengkan dia. chooohh~ masa tengah goreng, korang perlu hati-hati sebab takut nanti dia akan pecah dan keluarkan gula dalam tu.
lepas korang rasa mek comel korang tu dah garing, angkat dengan hati-hati.
pastu tadaaa! jadi lah mek comel yang sangat comel.
bagi leza, mek comel yang lagi kecik lagi comel! aumm geram btol!~ Okay lah. Selamat mencuba! entah korang faham ke tak leza cakap apa tadi. hikhok. :P Assalamualaikum ^ㅈ^