Thursday, 9 August 2012

Welcome pious one



0ㅊ0 



First of all leza nak ucapkan ASSALAMUALAIKUM kepada yang sedang membaca. Alhamdulillah.. seperti yang telah dimaklumkan, umat Islam sudahpun memasuki bulan yang penuh kemuliaan iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan Ramadhan cam gini la kita recharge balik amalan-amalan yang kita TERlepas atau orang cakap sebelum ni kita buat sambil lewa je.. Pada bulan ni jugak lah seberapa kecil amalan yang kita lakukan itu mendapat pahala yang berganda. Nabi pernah berkata: satu huruf Quran dibaca dalam sembahyang berdiri di bulan Ramadhan memberi 100 pahala. Bayangkanlah.. kalau korang sembahyang tu, dah dapat berapa pahala? Best kan, best kan? Haaaa.. sebab tu la kita jangan lupa untuk membuat amalan yang baik semasa di bulan Ramadhan. Tapi kalau bulan ni je korang buat amalan baik, bulan lain tarak, tak dapat apo la.. jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan contoh bagi bulan-bulan lain mahupun sepanjang hidup kita. 


eh, leza baca balik apa yang leza tulis atas tu dah macam ustazah la pulak. chewahh! tak kisah la.. asalkan leza dapat ceramah orang hari ni.. ngehngeh :P Tapi ada satu benda yang paling kurang enak didengari kalau dah masuk bulan puasa ni kan.. haa.. ce teka, ce teka. Yup! Mercun! aishhh.. tension leza dengar sal mercun.. huihhh.. dalam paper tu, dah berpuluh-puluh kisah main mercun. aduuiii.. bukan setakat budak-budak je, orang tua pun sama naik. dah lah.. insaf la.. bukan tak bagi main mercun, tapi kalau nak main pun sekadar main mercun 'pop' tu cukup la.. ataupun main mercun yang tak meletup. hehe ^^ baik korang main fireworks.. lagi best. lagi cantikk *.* 

Dan benda paaaaaling best leza suka masa bulan puasa ni ialah pergi Bazaar Ramadhan! Bazaar~~ mi goreng, char kuey teow, onde-onde, puteri mandi, kuih ketayap, akok, lauk ayam, ikan, daging, kerang, udang, sotong semuaaaa ada! haha siap ada pizza lagi. Ha~ kan leza dah gila tu.. haha XD daripada bazar camni la kita dapat kenal jenis kuih-muih yang terdapat di Malaysia. <--- clishe.. hahaha XP 

Laparnya... hehe bulan puasa.... siapa yang tak lapar. aduyaii. okelah bloggers.. leza got to go now.. sampai sini je la leza coretkan. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membaca bebelan leza ni. :) Insyaallah leza akan selalu update post kat sini. leza sibuk sikit nowadays.. sorry.. ^^ Annyeong.. Assalamualaikum~